MAMAMIA POCKET ENTERPRISE

(MA0199528-U)
Show respect even to people who dont deserve it, not as a reflection of their character, but as a reflection of yours -Dave Willis

Saturday, 18 June 2016

KEBAIKKAN APPLE CIDER VINEGAR YANG PATUT ANDA TAHU






Hi uolls, dalam post kali nie saya nak kongsi kebaikkan Apple Cider Vinegar, pilihan saya tentulah brand Palermo. Sharing is caring. So saya harap ini dapat beri manafaat pada uolls semua... muahh ciked

KEBAIKKAN APPLE CIDER VINEGAR (CUKA EPAL)

1.     Rambut:
Memang diketahui umum yang Apple cider Vinegar (ACV) dapat digunakan untuk membilas rambut anda selepas menggunakan syampu untuk menambah saiz dan sinar.
 Gunakan botol syampu yang lama dan isi 1/2 sudu teh ACV bersama secawan air. Sapukan pada rambut anda selepas syampu beberapa kali seminggu untuk hasil yang lebih baik.


2.   Wajah
Tahukan anda ACV dapat mengawal pH kulit anda. Cuka epal boleh menjadi toner semulajadi yang membantu kulit anda lebih sihat. Sifat-sifat antibakterianya boleh membantu anda mengawal jerawat, dan asid malik dan laktik yang terdapat dalam cuka epal boleh melembutkan dan exfoliate kulit.

Larut kan ACV bersama dua bahagian air dan sapukan pada wajah anda menggunakan bola kapas sebagai toner. Anda boleh berbuat sedemikian pada waktu malam selepas mencuci muka dan pada waktu pagi sebelum memakai pelembab wajah. Anda juga boleh menyapu ACV secara langsung pada kawasan gelap penuaan untuk mencerahkan kulit. Pada masa yang sama ia boleh mengurangkan kesan bintik-bintik merah dan menstabilkan pH pada kulit dan wajah anda

3. Detox&Mengurangkan Berat Badan
Detox atau dalam bahasa mudahnya mengeluarkan toksin yang berlebihan dalam badan. Oleh itu secara tidak langsung membantu mendapatkan badan yang ideal. Selain dari itu bahan ini mengandungi lecithin yang membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak menjadi tenaga. selain dari itu lecithin juga membantu meningkatkan daya ingatan

Asid asetik boleh mengurangkan selera dan meningkatkan metabolisma badan. Saintis juga mengganggap bahawa cuka epal boleh mengurangkan penghadaman dan penyerapan kalori ke dalam badan




ACV boleh membantu anda dalam mengurangkan berat badan, cuma anda perlu tahu bagaimana untuk memanfaatkannya.

4. Membantu Masalah Perut
Minum sedikit cuka epal yang dicampurkan dengan air. Jika masalah sakit perut anda berpunca daripada jangkitan kuman, cuka epal boleh melawannya. Hal ini kerana cuka epal mempunyai kandungan antibiotik dan pectin yang mana boleh melegekan masalah usus.

5. Mengawal Tekanan Darah
Acetic Asid yang terdapat didalam ACV berkesan mengurangkan tekanan darah tinggi, menstabilkan tekanan dengan merehatkan salur darah. Penggunaan berterusan boleh menjadikan tekanan darah menjadi normal.
Amalkan minum campuran 2 sudu teh ACV dan secawan air setiap pagi dan malam mampu membantu mengawal tekanan darah ke paras normal

6. Mengurangkan Kadar Kolestrol
Walaupun penemuan ini perlukan lebih banyak kajian, namun pada tahun 2006 penyelidik menemui bahawa asid asetik yang terdapat di dalam cuka boleh mengurangkan kolestrol di dalam badan tikus makmal.
Dan, satu kajian yang dijalankan di Jepun mendapati bahawa orang yang mengambil 15 gram ACV setiap hari boleh mengurangkan tahap kolestrol bagi orang yang terlibat dalam kajian di dalam kajian tersebut.

7. Mengawal Kadar Gula Dalam Darah (kencing manis/diabetes)
Beberapa teguk cuka epal boleh membantu mengawal kadar gula di dalam darah, mengikut beberapa kajian terdapat kaitan di antaranya.
Satu kajian ke atas orang yang menghidap kencing manis tahap 2 yang tidak mengambil insulin di dapati mengambil 2 sudu teh ACV sebelum tidur boleh mengurangkan kadar gula pada waktu paginya.
Satu kajian yang dijalankan di Universiti Arizona menjumpai bahawa orang yang meminum campuran ACV dengan air sebelum makan makanan yang tinggi kadar karbohidratnya mempunyai kadar gula dalam darah yang lebih rendah kemudiannya.
Ahli saintis beranggapan bahawa kesan antiglycemic dari asid tersebut adalah kunci kepada hasil kajian ini.

8. Mengelakkan Masalah Penghadaman
Hirup sedikit ACV sebelum makan, terutama jika anda akan makan makanan yang banyak. Cuba ini: tambah 1 sudu teh madu dan 1 sudu ACV ke dalam satu gelas air suam. Kemudian minum 30 minit sebelum anda makan.

9. Jangkitan, Selsema & Sakit Tekak
Meredakan  selsema, sakit tekak dan jangkitan kuman. Sangan berkesan untuk asma atau sinus(resdung).Juga menolong menjelaskan penglihatan dan memulihkan sistem pencernaan.  
ACV mengandungi potassium, yang boleh mengurangkan mukus/hingus. Asid asetik yang terdapat di dalam cuka pula boleh membantutkan pertumbuhan bakteria.
Campurkan satu sudu teh ACV, madu dan hirisan lemon di dalam satu gelas air. Kemudian, minum air tersebut setiap 4 jam sehingga baik.

10. Menghilangkan Kelemumur
Dalam laman web rasmi Dr Oz, beliau ada mencadangkan anda menggunakan ACV sebagai salah satu kaedah merawat masalah kelumumur
Tahap asid yang terdapat pada cuka epal boleh mengubah pH pada kulit kepala anda, membuatkannya sukar bagi yis untuk tumbuh.
Campurkan 1/4 cawan ACV dengan 1/4 cawan air. Sapukan air campuran tersebut di kulit kepala anda, biarkannya selama 15-60 minit. Kemudian bilas dengan air. Amalkannya sebanyak 2 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

11. Membekalkan Tenaga
Senaman, bersukan dan kerja-kerja yang berat boleh meningkatkan penghasilan asid laktik di dalam badan, membuatkan anda rasa letih.
Apa yang menarik adalah, asid amino yang terdapat di dalam ACV boleh bertindak sebagai antidot kepada situasi ini. Pada masa yang sama, potasium yang terdapat di dalam ACV boleh melegakan rasa letih dan lemah badan.
Jadi, lain kali anda rasa penat dan letih, tambahkan satu sudu teh (atau dua) ACV ke dalam satu gelas air. Kemudian minum.

12. Mengurangkan Kekejangan Kaki (pada waktu malam)
Kekejangan kaki menunjukkan bahawa anda kurang kadar potasium di dalam badan. Memandangkan ACV (cuka epal) mengandungi kandungan potasium yang tinggi, apa kata anda menggunakannya untuk melegekan kekejangan anda.
Satu petua mencadangkan anda mencampurkan 2 sudu teh ACV dan satu sudu teh madu ke dalam satu gelas air suam. Kemudian minum campuran tersebut untuk melegakan kekejangan kaki anda, terutama pada waktu malam.



13. Menghilangkan Bau Mulut
Jika anda kerap menggosok gigi dan berkumur dengan Listerine, tetapi masalah bau mulut anda masih tidak hilang, cubalah pula dengan ACV. Berkumur dengan ACV ataupun minum satu sudu teh untuk membunuh bakteria yang menyebabkan masalah bau mulut tersebut.

14. Memutihkan Gigi
Berkumur dengan cuka epal setiap pagi. ACV membantu menghilangkan warna kekuningan di gigi. Pada masa yang sama membunuh bakteria di dalam mulut, gigi dan gusi.
Kemudian, gosok gigi seperti biasa setelah anda berkumur itu. 

15. Mencepatkan Penyembuhan Luka
ACV mempunyai sifat anti-inflamatori, ianya boleh mencepatkan proses penyembuhan luka-luka yang kecil. Pada masa yang sama, ACV juga boleh mengelakkan daripada dijangkiti oleh kuman.

16. Kulit terbakar sinaran matahari
Kulit anda terbakar oleh sinaran matahari? Tambah secawan ACV dalam tab mandi dan rendam diri selama 10 minit.

17. Selepas bercukur
Isikan sebotol air bersama ACV pada nisbah yang sama dan goncang sehingga larut.

18. Pembersih serbaguna
 Tambah 1/2 cawan ACV bersama satu cawan ar. Gunakannya untuk mencuci microwave, lantai bilik air, permukaan dapur, tingkap, kaca dan cermin.

19. Kutu
Campurkan bersama air dan sapu pada rambut yang menpunyai kutu. Juga selamat digunakan pada binatang peliharaan. Sapukan pada sofa kerana dapat kutu tidak suka pada bahan ACV.

20. AWET MUDA
Awet muda dan menaikkan seri (kerana tubuh yg bebas dari toksin menjadikan darah lebih bersih, usus bersih menyebabkan oksigen mudah sampai ke otak. Sel-sel tubuh menjadi segar. 
  

Kalau ade yang berminat bole dapatkan APPLE CIDER VINEGAR PALERMO dari sya
wasap saya 013-931 4594 
Klik sini utk Harga





No comments:

Post a Comment